Sejarah penemuan Air Hidrogen bermula pada tahun 1991 di Tlacote, Mexico. Sebuah telaga di Bandar kecil itu menghasilkan air ajaib. Seorang pemilik ladang telah menjumpai keajaiban, anjingnya yang sakit telah sembuh dengan segera apabila meminum air dari telaga tersebut. Setelah Berjaya membuat ujian ke atas pekerja-pekerja ladangnya dan terbukti berkesan, beliau membuka kawasan tersebut kepada umum. Pada satu-satu masa, lebih dari 10,000 orang datang untuk mendapatkan air tersebut.
Tentang Air Penyembuh Ajaib di Tlacote, Mexico:
Misi Kajian Khas 200X ( Air Penyembuh Ajaib – Misteri Tlacote – Benarkah Air Penyembuh Ajaib Tlacote menyembuhkan bermacam jenis penyakit?) telah disiarkan di siaran televisyen Jepun.
Hasil Ujian Klinikal mendapati air ajaib ini amat membantu seperti yang direkodkan:
Air Penyembuh turut ditemui di beberapa negara lain antaranya di China, Australia, German, Perancis, India dan Jepun.
Mengapa digelar air Penyembuh Ajaib ???
Pada tahun 1997 Dr Sanetaka Shiharata dari Universiti Kyushu, Jepun membuktikan hidrogen aktif yang dijumpai dalam air dari telaga Tlacote, Mexico berkesan menyekat aktiviti oksigen aktif yang merbahaya dan membantu melawan penuaan(awet muda). Dari sinilah bermulanya usaha saintis Jepun untuk menghasilkan air yang kaya dengan hidrogen seperti air Tlacote menggunakan teknologi canggih.
Apa itu oksigen aktif?
Walaupun bertrilion-trilion sel dalam badan manusia dapat menyerap segala bahan galian, air dan oksigen untuk melakukan metabolisme tetapi masih terdapat 2 hingga 3 peratus oksigen yang ditinggalkan. Oksigen yang ditinggalkan itulah oksigen aktif. Umpama enjin kereta dimulakan, mesti ada 2% atau 3% gas tidak berguna dihasilkan, perkara ini tidak dapat dielakkan dalam kehidupan kita.
Disebabkan oksigen aktif tidak stabil maka ia bersifat mengancam terhadap kesihatan badan. Oksigen aktif ini akan merampas elektron dari sel-sel badan manusia. Tisu-tisu badan manusia akan dirosakkannya dan mengakibatkan penuaan sel-sel badan seterusnya menyebabkan banyak sel yang mati. Fungsi organ-organ utama turut merosot dan lama-kelamaan mengundang pelbagai penyakit kronik pada badan manusia yang kematian banyak sel contohnya darah tinggi, kencing manis,kanser, migrain dan sebagainya.
Apa itu air hidrogen aktif?
Seperti yang kita maklum, gas hidrogen terdiri daripada 2 atom hidrogen. Hidrogen aktif adalah 1 atom hidrogen yang membawa 1 elektron (caj negatif) sahaja. Disebabkan hidrogen aktif merupakan elemen yang sangat kecil, ia boleh meresap ke dalam semua sel badan manusia dan menjadi satu dinding pertahanan yang kuat. Apabila ada oksigen aktif mengancam keselamatan sel-sel dalam badan,hidrogen aktif akan memerangkap oksigen aktif dengan cara pemindahan elektron, meneutralkannya lalu menjadi molekul air sebelum dikeluarkan melalui pembuangan air kecil (kencing).
Dengan demikian, sel-sel badan dicegah daripada pengoksidaan atau penuaan kerana hidrogen aktif juga merangkumi fungsi meremajakan sel-sel badan yang mati, menguatkan sel-sel badan dan meningkatkan sistem imunisasi dalam badan. Selalu minum air hidrogen aktif bukan sahaja untuk menyahtoksik tapi juga baik untuk awet muda!
Dengan pemasangan sistem penapis air M6 di rumah, anda tidak perlu pergi ke Tlacote , sebaliknya anda boleh memperoleh Air Penyembuh Ajaib atau Air yang kaya dengan Hydrogen atau lebih tepat lagi Air Nano Hidrogen setiap masa 24 jam sehari, 365 hari setahun.



1 comments:
Very Good..Posting tis GOLD info m6 to 1,000 ur family friends..INSYAALLAH 100 unit Nano@Compact will SOLD..YAKIN BOLEH!10 unit blh close sale Vending Machine m6..tkcukup photo blh tags dr photo album abg ok??tq
Post a Comment